Pagi tadi Oppo Find X dilancarkan dan ia kini memegang gelaran sebagai telefon pintar dengan peratusan permukaan skrin hadapan paling besar di dunia. Fungsi paling menarik peranti ini selain skrinnya adalah sistem kamera mekanikal yang melungsur ke atas apabila digunakan serta sistem imbasan wajah secara tiga dimensi. Mari lihat perbandingan Find X dengan Vivo NEX dan Xiaomi Mi 8 Explorer Edition.
Ketiga-tiga peranti ini dilengkapi teknologi terkini untuk telefon pintar Android. Find X dan Mi 8 Explorer Edition mempunyai sistem imbasan wajah 3D. NEX dan Mi 8 juga mempunyai pengimbas cap jari terbina pada skrin. Peranti canggih manakah yang paling anda dambakan?