Program Startup Global Accelerator Programme Oleh MaGIC Kembali Untuk Tahun Kedua

Program Startup Global Accelerator Programme Oleh MaGIC Kembali Untuk Tahun Kedua

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Global Accelerator Programme (GAP) ialah sebuah program anjuran MaGIC (Malaysia Global Innovation and Creative Centre) yang membantu syarikat-syarikat startup daripada pelbagai negara dan latar belakang untuk membolehkan mereka bersaing di arena bisnes tempatan dan antarabangsa.

Program pemecut GAP kini hadir untuk tahun kedua, dan kini dilihat mengambil masuk 27 syarikat daripada 10 buah negara di seluruh dunia, termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, India, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Menurut Ashran Dato’ Ghazi, Pegawai Eksekutif MaGIC, sebanyak 961 syarikat startup dari seluruh dunia telah menghantar permohonan untuk menyertai program GAP pada tahun ini.

Program ini, yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, bukan sahaja bertujuan untuk melatih syarikat-syarikat ini untuk berkembang, tetapi juga untuk memberi mereka peluang untuk membina rangkaian kukuh dengan syarikat korporat dan pelabur di rantau ini.

Program GAP ini akan membimbing 27 syarikat-syarikat ini selama empat bulan oleh pakar-pakar teknikal dari syarikat-syarikat besar seperti Google, Malaysia Airlines, Maybank dan Media Prima untuk membolehkan mereka memasuki pasaran tempatan dan rantau Asia Tenggara.

Sepanjang waktu ini, syarikat-syarikat startup ini akan mempelajari pelbagai topik, termasuklah mengenali pasaran sasaran, membina produk yang tepat dan diperlukan, dan persediaan untuk mengembangkan pasaran mereka apabila tiba masanya.

GAP juga memperluaskan sukatan programnya supaya merangkumi: pertemuan dengan syarikat modal penerokaan seawal program itu bermula bagi memupuk hubungan yang lebih baik

Mereka juga akan menjalani pemeriksaan mingguan, dan sepanjang empat bulan ini, mereka akan menyiapkan diri untuk acara Demo Day bersama para pelabur yang akan melaburkan wang kedalam syarikat-syarikat startup ini.

MaGIC juga berharap dengan program-program seperti ini, mereka dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama didalam arena startup di rantau ini.

Layari maklumat lanjut mengenai Global Accelerator Programme


TIPS & ULASAN