Facebook Sedang Mengkaji Teknik Penyuntingan Swafoto Dengan Kecerdasan Buatan

Facebook Sedang Mengkaji Teknik Penyuntingan Swafoto Dengan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Kecerdasan buatan adalah satu sistem pintar di mana kebolehannya tiada had. Sudah banyak aplikasi, sistem atau juga perkhidmatan yang mengintegrasikan kecerdasan buatan untuk menjadikan fungsi-fungsi lebih pintar dan menarik. Akan datang, gambar-gambar swafoto dengan mata yang berkelip di Facebook akan terbuka dengan suntingan kecerdasan buatan oleh Facebook.

Sistem suntingan baru Facebook ini akan mempelajari gambar-gambar swafoto dengan mata yang terbuka terlebih dahulu. Daripada data yang diperoleh ia akan menyunting gambar dengan mata yang berkelip daripada warna mata sehingga bentuk mata. Proses ini dinamakan sebagai “In-Painting“. Akan tetapi proses ini akan menjadi lebih sukar jika gambar swafoto itu mempunyai kaca mata atau pun sudut objek berada di sudut yang sukar.

Sistem penyuntingan yang Facebook sedang kaji ini menggunakan teknik pembelajaran mesin “Generative Adversarial Network” (GAN). Iaitu satu sistem seakan CGI dengan kecerdasan buatan. Walau bagaimanapun, tidak pasti jika Facebook akan memperkenalkan sistem penyuntingan ini untuk pengguna.

Ini mungkin kerana teknik penyuntingan menggunakan kecerdasan buatan masih baru dan belum stabil. Ini adalah salah satu langkah awal dalam teknik penyuntingan gambar yang pintar. Mungkin suatu hari nanti kita akan lihat teknik ini boleh digunapakai untuk lebih banyak platform.


TIPS & ULASAN