Android Oreo 8.1 Beta Kini Hadir Untuk Nokia 2

Android Oreo 8.1 Beta Kini Hadir Untuk Nokia 2

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Sejak pihak HMD Global melancarkan pelbagai peranti Nokia, kemaskini sistem operasi dilihat dijaga dengan baiknya. Baik telefon pintar kelas utama atau permulaan hampir kesemuanya mendapat kemaskini sistem operasi Android yang terkini. Baru-baru ini, Android Oreo 8.1 hadir untuk Nokia 2 dalam bentuk beta.

Pada awal pelancaran Nokia 2 menjalankan Android Nougat 7.1.1. Walaupun kemaskini beta ini bukan Android Oreo edisi Go, ia masih membawa beberapa pengoptimasian daripada Android Oreo edisi Go.  Seperti telefon pintar Nokia lain, sistem operasi versi beta perlu didaftar melalui Nokia Beta Labs terlebih dahulu sebelum pengguna mengemaskininya melalui OTA.


TIPS & ULASAN