Cari @ Amanz

Android Go adalah sistem operasi Android ringan yang memfokuskan untuk kegunaan peranti dengan RAM kurang dari 1GB. Bersama-sama dengan pengenalan Android Go, banyak aplikasi Google dan pembangun terkenal turut dilancarkan dalam versi Go. Terkini, Yahoo turut hadir aplikasi emel mereka dalam versi GO dengan melancarkan Yahoo Mail Go.

Dengan aplikasi versi Go, ia lebih lancar apabila digunakan pada peranti dengan RAM yang kurang. Saiz pemasangan aplikasi pula adalah serendah 10MB sahaja. Bersama-sama dengan aplikasi Yahoo Mail Go, Yahoo turut memberi nafas baru untuk rekaan antaramuka web versi mobil. Antara fungsi dan ciri baru yang hadir adalah, menatal kiri/kanan untuk memadam atau menanda emel, mengubahsuai antaramuka, tatalan tanpa had dan banyak lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd