Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan Redmi 6 Pro, pihak Xiaomi dijangka memperkenalkan satu lagi peranti baru pada acara sama, iaitu sebuah tablet 8-inci dinamakan Mi Pad 4.

Xiaomi Mi Pad 4

Buat masa ini, spesifikasi penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui. Desas-desus mengatakan Xiaomi Mi Pad 4 ini akan hadir dengan sokongan penggunaan satu tangan, selain mungkin dilengkapi dengan cip Snapdragon 660.

Permintaan untuk tablet boleh dikatakan sedikit merudum dari hari ke hari, namun Xiaomi nampaknya masih tidak melupakan penawaran mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran tablet ini pada 25 Jun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd