Kebanyakan permua 3D yang hadir hari ini dibina dengan enjin Unity. Menjadikan permua lebih menarik adalah kemampuan multi-pemain yang boleh dimainkan secara langsung atau di masa nyata. Bagi menjayakan permua seperti ini, Google Cloud bekerjasama dengan Unity.
Kerjasama ini secara terus menjadikan Google Cloud sebagai penyedia platform awanan utama. Pembangun boleh menggabungkan permua dengan enjin Unity mereka dengan platform Google Cloud ini bagi menjayakan permua multi-pemain masa nyata. Kerjasama Google Cloud dan Unity ini akan memberi pengalaman bermain tanpa lengah masa, berhubung kepada server dengan skala yang besar dan juga memproses data multi-terabyte untuk 3D.
Selain daripada multi-pemain, permua dengan gabungan dua platform ini turut boleh menghasilkan permua sentiasa berhubung. Google Cloud dan Unity turut akan datang akan hasilkan satu projek sumber terbuka sesi pertempuran (Open Source Matchmaking Project).
Dengan kerjasama ini juga, kesemua teras penawaran dan perkhidmatan Unity akan berhijrah kepada platform Google Cloud. Akan datang akan lebih banyak permua sentiasa berhubung dengan pengalaman yang lebih mengasyikkan.