Google Play Akan Mengesahkan Aplikasi Yang Di Pasang Secara Luar Talian

Google Play Akan Mengesahkan Aplikasi Yang Di Pasang Secara Luar Talian

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Sejak Google Play Service versi kesebelas diperkenalkan, satu sistem sekuriti telah ditambah iaitu Google Play Protect. Sistem sekuriti ini turut mempunyai pembelajaran mesin yang mampu mengesan aplikasi pihak ketiga yang dipasang. Terkini, Google Play akan mengesahkan pula aplikasi yang dipasang secara luar talian.

Aplikasi Android bebas berada di pelbagai jenis platform. Ia menggunakan fail berformat .APK. Kebiasaannya fail .APK adalah aplikasi cetak rompak atau yang telah diubahsuai. Terdapat juga beberapa fail .APK yang sah dimuat naik oleh pembangun sendiri bagi memudahkan pengguna. Pengesahan Google Play terbaru ini akan mengesan aplikasi .APK yang dipasang dan akan terus didaftar ke dalam senarai aplikasi pengguna di Google Play Store.

Tujuan Google membuat keputusan seperti ini adalah bagi mengelak aplikasi cetak rompak dan juga bagi mengumpul data untuk pembangun untuk menerima lebih ramai pengguna, memudahkan kemaskini, menambah baik ekosistem aplikasi mudah alih Google Play dan juga sekuriti. Jadi aplikasi-aplikasi yang sudah dimasukkan dalam senarai di Google Play Store secara tidak langsung menjadi aplikasi yang diedarkan oleh Google Play.

Selain itu Google turut memperkenalkan “Play-authorized”. Di mana aplikasi yang dipasang melalui Google Play Store atau juga secara luar talian adalah sah dan yang asli. Jadi, mana-mana aplikasi yang dipasang secara luar talian iaitu melalui fail .APK akan terus boleh dikemaskini dalam Google Play Store kerana ia sudah disahkan. Di masa akan datang, Google turut boleh mengesahkan keaslian sesuatu aplikasi secara luar talian.


TIPS & ULASAN