Screenshot Dan Skor Penanda-Aras CPU AMD Threadripper Dengan 32 Teras Tertiris Di Arena Web – AMD Ryzen Threadripper 2990X
AMD

Screenshot Dan Skor Penanda-Aras CPU AMD Threadripper Dengan 32 Teras Tertiris Di Arena Web – AMD Ryzen Threadripper 2990X

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

AMD baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan CPU AMD Ryzen Threadripper baru yang akan hadir dengan 32 teras dan 64 bebenang kuasa tidak lama lagi, tetapi tidak menunjukkan sebarang butiran mengenainya.

Kini, nampaknya screenshot penanda-aras perisian CPU-Z yang menunjukkan beberapa butiran mengenai CPU ini telah tertiris ke arena web, dan ia memperlihatkan butiran seperti nama CPU dan juga kelajuan asas dan Turbo Boost.

CPU yang diperlihatkan tersebut ialah CPU AMD Ryzen Threadripper 2990X. Ini dapat dilihat melalui screenshot CPU-Z tersebut, bersama-sama beberapa skor perisian penanda aras yang cukup tinggi sekali, seperti pada 6399.

Kelajuan asas CPU AMD Ryzen Threadripper 2990X ini dikatakan hadir pada 3.4GHz, dan kelajuan XFR (Xtended Frequency Range) 4.0GHz, dengan penggunaan kuasa setinggi 250W.

Daripada skor ini, ia dapat dilihat bahawa CPU ini merupakan CPU yang cukup berkuasa sekali, dan kami pasti bahawa CPU-CPU lain dalam siri ini juga bukan calang-calang prestasinya.

Buat masa ini, kami masih belum mengetahui lagi bilakah AMD akan mengumumkan kehadiran CPU-CPU ini secara rasmi.


TIPS & ULASAN