Carian
Harga Perkhidmatan Internet Dijangka Turun Sehingga 25% Menjelang Penghujung 2018
June 20, 2018 Aman

Kerajaan telah sedia mengumumkan sebelum ini yang mana mereka ingin berusaha untuk mengurangkan harga akses internet jalur-lebar di Malaysia. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan mereka menyasarkan harga perkhidmatan jalur-lebar untuk turun sekurang-kurangnya sehingga 25% menjelang penghujung 2018 ini.

Penurunan harga ini adalah selari dengan implementasi MSAP (Mandatory Standard on Access Pricing (PDF)) yang dijangka selesai sekitar Ogos kelak – sekaligus memberi impak kepada harga pukal perkhidmatan jalur lebar. Ini seterusnya akan membolehkan penyedia perkhidmatan jalur-lebar untuk menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna pada harga lebih rendah lagi berbanding hari ini.

Kerajaan menyasarkan dengan langkah ini, ia akan mengurangkan harga perkhidmatan jalur-lebar sehingga sekurang-kurangnya 25%. Perubahan harga jalur lebar ini dijangka dapat dilihat menjelang penghujung tahun 2018 ini.

Komen