Rekaan Xiaomi Mi Max 3 Tertris Dengan Skrin Nirbingkai

Rekaan Xiaomi Mi Max 3 Tertris Dengan Skrin Nirbingkai

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Semalam spesifikasi Xiaomi Mi Max 3 tertiris ke arena web dan mendedahkan ia bakal dilengkapi skrin gergasi sebesar 6.9 inci. Ini akan menjadikannya phablet dengan skrin yang terbesar di pasaran setakat ini. Hari ini rekaannya pula tertiris ke arena web menunjukkan rekaan skrin nirbingkai 18:9.

Selain daripada itu tubuh peranti diperbuat daripada logam dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Turut disahkan ialah penggunaan sistem dwi-kamera. Setakat ini kita turut mengetahui ia bakal dijana pemproses 1.8 GHz, memori 3/4/6 GB, storan 32/64/128 GB, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 5400 mAh. Tidak diketahui bilakah phablet ini akan dilancarkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN