SKMM Diminta Memantau Harga Internet – Harga Pakej Asas Perlu Munasabah Untuk Semua

SKMM Diminta Memantau Harga Internet – Harga Pakej Asas Perlu Munasabah Untuk Semua

Diterbitkan pada June 20, 2018 oleh .

Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan yang mana kementerian menyasarkan untuk menurunkan harga jalur-lebar internet sekurang-kurangnya 25% menjelang penghujung tahun ini. Langkah ini selari dengan harga siling borong bagi pihak pembekal yang telah diturunkan – sekaligus membolehkan penyedia perkhidmatan mengurangkan harga pasaran untuk pengguna.

Pada pengumuman sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo turut mengatakan beliau telah mengarahkan SKMM untuk memantau harga jalur-lebar internet di Malaysia. SKMM turut diminta untuk memastikan pakej peringkat permulaan adalah munasabah untuk semua rakyat – sekaligus membolehkan akses internet dipertimbangkan sebagai salah satu hak asasi asas di Malaysia.

Pada hari ini, harga internet 1Mbps yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia adalah bermula RM110 – yang mana boleh dikatakan agak mahal untuk kebanyakkan pengguna. Dengan langkah kerajaan yang ingin mengurangkan harga internet, sama-sama kita berharap agar harga internet asas dikurangkan kepada lebih mampu-milik – sekaligus membolehkan lebih ramai mengakes lebuhraya informasi ini.


TIPS & ULASAN