Instagram Kini Mempunyai 1 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Instagram Kini Mempunyai 1 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada June 21, 2018 oleh .

Instagram merupakan salah satu perkhidmatan sosial memfokuskan perkongsian gambar yang telah pun diambil-alih oleh Facebook sebelum ini. Hari ini, mereka mengumumkan pencapaian terbaru mereka, dimana perkhidmatan berkenaan kini digunakan lebih 1 bilion pengguna aktif seluruh dunia sebulan.

Pencapaian ini boleh dikatakan satu angka yang besar untuk media sosial. Sebelum ini, kali terakhir pihak Instagram berkongsi statistik adalah pada September 2017 lepas, dimana ketika itu Instagram mempunyai 800 juta pengguna aktif setiap bulan.

Dengan pencapaian angka 1 bilion ini, ia sekaligus membuatkan Facebook mempunyai satu lagi perkhidmatan yang digunakan lebih satu bilion pengguna, selain WhatsApp dan Messenger.


TIPS & ULASAN