Instagram Melancarkan IGTV – Aplikasi Dan Hab Khusus Memfokuskan Video

Instagram Melancarkan IGTV – Aplikasi Dan Hab Khusus Memfokuskan Video

Diterbitkan pada June 21, 2018 oleh .

Instagram hari ini secara rasminya mengumumkan fokus mereka terhadap video melalui hab khusus yang turut ditawarkan sebagai sebuah aplikasi berasingan, dinamakan IGTV.

IGTV memfokuskan kepada penawaran kandungan video yang berdurasi lebih lama – sehingga sejam lamanya. Ia boleh diakses melalui tab Explore pada aplikasi Instagram sedia ada. Selain daripada itu, Instagram juga akan menawarkan sebuah aplikasi khusus IGTV yang memudahkan pengguna menonton pelbagai video melaluinya. Menggunakan aplikasi sama juga, pengguna boleh memuat-naik kandungan video sehingga sejam menggunakannya.

Instagram IGTV

Instagram IGTV

IGTV menawarkan kandungan video secara menegak – lebih kurang seperti Stories. Sesiapa sahaja boleh menerbitkan kandungan di IGTV, selain untuk pengguna yang ingin menonton sahaja, anda akan diperlihatkan dengan kandungan yang dicadangkan bersama-sama kandungan daripada rakan-rakan yang anda ikuti di Instagram.

Instagram mengatakan IGTV adalah seumpama televisyen – dimana video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen. Seperti di Instagram, pengguna boleh meninggalkan komen, Like dan sebagainya.

IGTV ini akan diperkenalkan secara berperingkat untuk semua di Android dan iOS dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN