Ahli Dewan Perundangan Amerika Menggesa Google Untuk Mengkaji Semula Hubungan Dengan Huawei

Ahli Dewan Perundangan Amerika Menggesa Google Untuk Mengkaji Semula Hubungan Dengan Huawei

Diterbitkan pada June 21, 2018 oleh .

Di Amerika Syarikat kerisauan mengenai campur tangan negara luar ke dalam pemerintahan negara meningkat selepas kemenangan Donald Trump. Rusia dipersalahkan atas kemenangan bintang TV realiti yang dikatakan tidak mempunyai pengalaman memerintah. Kini beberapa ahli dewan perundangan Amerika Syarikat menggesa Google untuk mengkaji semula hubungan mereka dengan Google.

Google Nexus 6PGesaan dilakukan atas faktor keselamatan. Menurut mereka jika Google sanggup memutuskan hubungan dengan pihak tentera Amerika Syarikat untuk Project Maven, mengapa Google tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan syarikat yang mempunyai kaitan rapat dengan Parti Komunis China.

Pihak Google apabila dihubungi berkata mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan pelbagai pengeluar di seluruh dunia. Google tidak menyediakan akses istimewa kepada data pengguna Google sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Huawei.

Apa yang dilakukan ini dilihat sebagai perang perdagangan diantara Washington DC dan Beijing. Sebelum ini penjualan peranti Huawei oleh syarikat telekomunikasi utama di Amerika Syarikat dibatalkan pada saat akhir selepas menerima tekanan politik. Peranti Huawei dan ZTE turut diharamkan dari dijual oleh Petagon di markas tentera kerana risau tentang intipan.


TIPS & ULASAN