Carian
Huawei Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip Kirin 1020 Dengan Modem 5G
June 21, 2018 Effi Saharudin

Huawei ialah antar sebilangan kecil pengeluar yang menghasilkan cip pemproses mereka sendiri. Dengan menggunakan cip keluaran sendiri, mereka dapat mengurangkan kos serta menghasilkan cip yang mengikut spesifikasi yang dikehendaki. HiSilicon Kirin 970 ialah cip paling berkuasa keluaran mereka dan digunakan pada P20 dan Mate 10. Mereka kini dilaporkan sedang membangunkan cip baru Kirin 1020.

Huawei menyasarkan Kirin 1020 untuk mempunyai dua kali ganda kemampuan Kirin 970. Cip NPU yang lebih berkuasa turut dibangunkan untuk menyokong sistem kecerdasan buatan yang lebih kompleks. Akhir sekali ia akan dilengkapi modem 5G untuk rangkaian selular masa hadapan. Ia dijangka akan mula digunakan pada peranti utama Huawei pada musim luruh 2019. Ini besar kemungkinan adalah peranti terkini keluar Mate kelak.

Komen