Google Play Kini Mempunyai Pusat Pengurusan Langganan

Google Play Kini Mempunyai Pusat Pengurusan Langganan

Diterbitkan pada June 21, 2018 oleh .

Google Play adalah kedai aplikasi utama untuk semua peranti Android. Ia adalah pusat di mana pengguna memuat turun, membeli atau juga melanggan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan. Terkini, Google Play memperkenalkan satu pusat pengurusan langganan untuk kemudahan pengguna.

Menurut Google, langganan di Google Play meningkat sebanyak 80% pada tahun 2018 berbanding tahun lepas. Dengan pengenalan terhadap pusat pengurusan langganan ini, pengguna akan mempunyai kawalan terhadap segala aplikasi atau langganan yang dilanggan. Pengguna kini tidak perlu risau jika mereka terlebih belanja, terlebih bayar ataupun “terperangkap” dalam langganan mereka.

Melalui pusat pengurusan langganan ini, pengguna boleh:

  • Lihat semua status dan butiran langganan
  • Mengurus dan mengemaskini kaedah bayaran dan juga menambah kaedah pembayaran sandaran
  • Memperbaharui langganan
  • Mengembalikan langganan yang telah dimatikan
  • Mematikan langganan

Google juga menyediakan satu bancian mematikan langgan untuk pembangun menerima maklum balas pengguna kenapa mereka matikan langganan tersebut. Lebih menarik, melalui pusat ini pengguna turut boleh mencari lebih banyak aplikasi dan perkhidmatan yang boleh dilanggan di Google Play Store.

Akan datang, melalui pusat ini – pengguna akan diberi pilihan untuk menerima atau membangkang penukaran harga langganan. Selain daripada itu, pengurusan bayaran balik yang lebih baik juga turut akan diberikan kepada pengguna.


TIPS & ULASAN