Nokia 5.1 Plus Muncul Di Laman TENAA

Nokia 5.1 Plus Muncul Di Laman TENAA

Diterbitkan pada June 21, 2018 oleh .

Lebih kurang satu bulan lepas Nokia 2.1 dan Nokia 3.1 dilancrkan bersama-sama dengan Nokia 5.1. Ketiga-tiga peranti ini menjalankan sistem operasi Android One dan juga Android Go. Kini, “abang” kepada Nokia 5.1 muncuk di laman TENAA iaitu Nokia 5.1 Plus.

Di laman TENAA, Nokia 5.1 Plus dilihat dijana dengan cip 2GHz, mempunyai memori 3/4/6 GB RAM, storan dalaman 32/64 GB dengan sokongan kad MikroSD, skrin 5.86″ resolusi 720p, dwi-kamera 13-Megapixel di belakang dan kamera swafoto 8-Megapixel di hadapan. Menguasakan peranti ini adalah bateri sebesar 3000mAh yang boleh dicas melalui port USB-C.

Jika ia benar adalah versi “plus” kepada Nokia 5.1, cip 2GHz ini mungkin sama iaitu MediaTek Helio P18. Selain daripada itu, ia mungkin akan menjalankan sistem operasi Android One seperti model-model Nokia baru yang lain.

Tiada lagi harga dan atau tarikh pelancaran mengenai peranti ini. Jika ada butiran lanjut, akan kami laporkan. Oleh itu, teruskan baca Amanz dan sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN