Cari @ Amanz

Bagi mereka yang gemar menguji kemampuan kad-kad grafik mereka, terdapat beberapa perisian penanda-aras yang cukup popular yang boleh dimuat turun di arena web.

Basemark, sebuah syarikat pembina perisian penanda-aras untuk CPU dan pelayar web kini hadir dengan penanda-aras untuk kad grafik yang dinamakan Basemark GPU.

Basemark GPU ini boleh digunakan untuk menguji kemampuan kad grafik melalui beberapa ujian yang menggunakan API-API grafik yang berbeza seperti Vulkan 1.0, OpenGL 4.5 dan OpenGL ES 3.1. Basemark juga berkata bahawa sokongan untuk API-API lain seperti Metal dan DirectX 12 juga akan hadir melalui kemaskini akan datang.

Buat masa ini, perisian Basemark GPU ini menyokong sistem-sistem operasi seperti Microsoft Windows, Android dan juga Ubuntu Linux. Sokongan untuk iOS juga dikatakan akan hadir di masa hadapan.

Menariknya, penanda-aras ini menyokong resolusi paparan sehingga 4K pada mod High Quality, manakala apabila ia ditetapkan pada mod Medium Quality, ia boleh menyokong paparan beresolusi Full HD. Untuk menggerakkan mod Medium Quality, anda memerlukan memori sebesar 1GB, manakala mod High Quality pula memerlukan memori sebanyak 4GB.

Pengguna boleh memilih untuk memuat turun versi percuma ataupun versi berbayar perisian ini, dan ciri-ciri yang hadir pada kedua-dua versi ini adalah seperti berikut:

Anda boleh memilih untuk memuat turun perisian ini secara percuma, ataupun membayar untuk fungsi-fungsi tambahan seperti yang tertera di atas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd