Car Connectivity Consortium Memperkenalkan Piawaian Kunci Digital Untuk Kereta
Artikel Berkaitan

Car Connectivity Consortium Memperkenalkan Piawaian Kunci Digital Untuk Kereta

Diterbitkan pada June 21, 2018 oleh .

Hampir semua perkara penting harian kita boleh diakses melalui telefon pintar. Ia adalah satu perkara yang memudahkan kerana telefon pintar boleh dikatakan mesin semua dalam satu harian untuk seseorang. Akan datang, kereta juga boleh dinyahkunci dan dihidupkan menggunakan telefon pintar.

 

Samsung Kereta

Car Connectivity Consortium (CCC) memperkenalkan piawaian kunci digital untuk kereta. Dengan piawaian ini, kereta boleh dinyahkunci dan dihidupkan dengan telefon pintar yang mempunyai NFC. CCC melancarkan Digital Key 1.0 sebagai satu piawaian kunci digital untuk kereta. Ia berfungsi dengan memindah data kunci digital secara selamat daripada telefon pintar pemandu ke kereta. Ia menggunakan NFC kerana proses yang lebih selamat dan ia adalah isyarat jarak pendek. CCC turut menjamin keselamatan penggunaan kunci digital ini.

Buat masa ini hanya Audi yang menggunakan teknologi Digital Key ini. Akan datang, Volkswagen akan mula memperkenalkan penggunaan kunci digital ini untuk kenderaan mereka. Antara ahli pengasas untuk piawaian kunci digital ini adalah LG, Samsung dan Apple. Pereka cip Snapdragon pula disenaraikan sebagai ahli penting untuk projek ini.

CCC akan mula memperkenalkan Digital Key 2.0 bermula tahun 2019. Ia akan mempunyai kos rendah untuk pembangunan dan juga lebih mudah untuk peranti pintar berhubung dengan kenderaan.


TIPS & ULASAN