Carian
CEO Intel Meletak Jawatan – Berkuatkuasa Serta-Merta
June 21, 2018 Aman

Intel hari ini membuat pengumuman kejutan, mengatakan CEO semasa mereka, iaitu Brian Krzanich akan meletakkan jawatan daripada syarikat berkenaan, berkuatkuasa serta-merta. Sebagai ganti untuknya, buat sementara waktu ini, Robert Swan yang merupakan CFO akan menggalas tugas CEO sebelum CEO baru diumumkan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Intel, ia dikatakan baru-baru ini telah menerima laporan mengenai sebuah “perhubungan” CEO berkenaan dengan pekerja Intel – yang mana didapati melanggar polisi yang ditetapkan oleh Intel.

Sebelum ini, Brian Krzanich telah menjadi CEO untuk Intel sejak Mei 2013 yang lepas. Kini, sementara proses pencarian CEO baru berlaku, Robert Swan akan menggantikan beberapa tugasan.

Komen