Cari @ Amanz

Qualcomm merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi dalam arena peranti mudah-alih. Terkini, dengan Xiaomi yang dalam proses IPO (Tawaran Awam Awal), laporan baru hadir mengatakan Qualcomm berminat untuk menjadi terawal yang melabur pada syarikat pengeluar peranti terkemuka dari China berkenaan.

Ia dikatakan Qualcomm mungkin membuat pelaburan sehingga $100 juta (~RM400 juta), dan menjadi sebahagian daripada pelaburan IPO untuk Xiaomi yang dijangka mencapai nilai $70 bilion (~RM280 bilion).

Selain Qualcomm, ia dikatakan pihak China Mobile turut akan melabur nilai lebih kurang sama pada Xiaomi.

Seperti ramai sedia maklum, Xiaomi merupakan salah satu pengeluar peranti yang memperlihatkan perkembangan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan penawaran peranti pada harga sangat kompetitif, dan mengambil kelebihan e-dagang untuk pemasaran.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai proses IPO Xiaomi dalam hari-hari akan datang ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd