Pembantu maya Google Assistant direka dengan kemampuan memberikan jawapan kepada kesemua persoalan yang berada di dalam minda pengguna. Ia adalah Google dalam versi kawalan suara. Pada telefon pintar ia boleh melakukan perbualan berterusan seperti dua insan yang normal. Fungsi yang sama kini akhirnya diberikan kepada Google Assistant pada Google Home.
Kemaskini yang mula diberikan hari ini membolehkan pengguna bertanyakan satu soalan kemudian memperincikan soalan seterusnya tanpa perlu mengucapkan frasa “Hello Google” setiap kali soalan baru ingin diberikan. Sistem ini menyokong Google Home, Google Home Mini dan Google Home Max. Speaker pintar keluaran mereka kini semakin pintar dalam memberikan jawapan. Jadi tidak mengejutkan ramai pemilik speaker pintar menggunakannya untuk bertanyakan soalan dan hanya 6% menjadikannya pengawal peranti berhubung.