Cari @ Amanz

Hentaman dari sebuah asteroid ke muka bumi dipercayai menyebabkan kepupusan dinosaur 66 juta tahun yang lalu. Setiap tahun bumi dihujani asteroid pelbagai saiz. Sebagai contoh hentaman pada tahun 2013 di Chelyabinsk menyebabkan ribuan mengalami kecederaan akibat kaca yang berderai dan tular di media sosial. Kesan hentaman ini adalah agak serius walaupun meteoroid yang terhempas hanya sebesar 20 meter.

AngkasaOleh itu pelan untuk mengesan kedudukan dan menghadapi objek dari angkasa lepas dipandang serius oleh NASA. Mereka telah mengeluarkan  laporan “The National Near-Earth Object Preparedness Strategy and Action Plan” mereka minggu ini. Near-Earth Objek (NEO) atau Objek Berhampiran-Bumi ialah terma yang diberikan kepada objek yang mengorbit 30 juta batu dari kedudukan bumi.

Pelan ini akan menjadi panduan kepada kerjasama di antara agensi di Amerika Syarikat untuk sepuluh tahun dari sekarang. Ia ingin mempertingkatkan kemampuan mengesan dan menjejak NEO. Ramalan mengenai kedudukan NEO juga akan diperbaiki dari model semasa. Prosedur dan protokol apabila NEO dikesan akan menghentam bumu juga akan ditubuhkan. Kerjasama di antara agensi antarabangsa turut akan diperbaiki kerana hentaman NE) akan mendatangkan kesan secara global.

Laporan ini tidak menyentuh sama ada segerombolan pelombong minyak akan dihantar ke asteroid diiringi lagu Aerosmith untuk meletupkannya menggunakan bom nuklear.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd