AEON telah diperkatakan sedang dalam persiapan untuk melancarkan dompet digital mereka tersendiri untuk transaksi nirtunai. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, AEON Credit Service mengatakan mereka menyasarkan pelancaran perkhidmatan transaksi nirtunai mereka menjelang Ogos kelak.
Dinamakan sebagai AEON Wallet, pihak AEON menyasarkan sekitar 1 juta pengguna dompet digital berkenaan dalam tempoh setahun pertama.
Bercakap secara ringkas mengenainya, AEON Wallet dikatakan akan menawarkan sokongan seumpama Touch ‘n Go, Alipay atau WeChat, dan akan memfokuskan kepada pembayaran melalui peranti mudah-alih. Sekiranya mengikut konsep sedia ada, kita boleh melihat pembayaran berasaskan imbasan kod QR diintegrasikan pada AEON Wallet ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Ogos ini untuk melihat penawaran daripada pihak AEON.