Google Account adalah papan pemuka untuk pengguna menguruskan akaun Google mereka. Dengan pengenalan kepada rekaan panel log masuk baru pada awal bulan lalu – Google kini mengemaskini papan pemuka Google Account dengan rekaan baru dan juga beberapa fungsi menarik.
Papan pemuka ini akan memudahkan pengguna untuk menguruskan peranti pintar mereka yang diselarikan dengan akaun Google, cara pembayaran, langganan, sejarah belian dan kenalan. Antara fungsi baru adalah carian tetapan, pengoptimasian terhadap semakan dan kawalan akaun dan juga bantuan untuk menguruskan akaun yang lebih baik. Melalui panel “Data & Personalization”, pengguna akan lebih mudah untuk lihat aktiviti akaun, memilih data apa untuk disimpan dan melalui “Privacy Checkup” pula, pengguna akan mempunyai kawalan terhadap tetapan peribadi atau sekuriti.
Google juga turut menambah baik “Security Checkup” dengan mencadangkan pengguna untuk memadam akaun Google pada peranti lama atau memberi peringatan untuk membuang aplikasi yang tidak diiktiraf.
Menurut Google, papan pemuka baru Google Account ini sudah pun hadir untuk semua pengguna Android. Bagi pengguna iOS dan laman web pula, ia akan hadir tidak lama lagi.