Penyejuk CPU jenis cecair mungkin menjadi semakin popular di kalangan pembina PC desktop kebelakangan ini, tetapi penyejuk kipas biasa masih boleh digunakan dengan cekap, terutama sekali jika anda ingin mengurangkan belanja membina komputer.
Cooler Master baru-baru ini memperkenalkan penyejuk CPU Cooler Master MasterAir MA620P, sebuah penyejuk CPU udara yang menggunakan sistem twin tower, menggunakan dua penyerap haba menggunakan teknologi CDC 2.0 (Continuous Direct Contact Technology 2.0) yang hadir dengan dua “menara” sirip penyejuk dengan enam paip haba yang menjanjikan penyerapan haba sebanyak 45 peratus lebih cekap berbanding dengan penyejuk CPU udara yang lain.
Penyejuk MasterAir MA620AP ini menggunakan dua buah kipas MasterFan MF120R yang juga boleh ditambah kipas ketiga jika perlu. Setiap kipas MasterFan MF120R ini jug hadir dengan lampu RGB yang boleh menyokong sistem penyalaan RGB dari ASUS, ASRock, GIGABYTE dan MSI.
Tidak kira jika anda membina komputer menggunakan CPU dan papan induk untuk sistem AMD ataupun Intel, penyejuk CPU MasterAir MA620AP ini boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Ia kini boleh dibeli di kedai-kedai komputer tempatan untuk RM179.