Cari @ Amanz

Sesuatu wasiat sering menyertakan sejumlah aset yang ingin dibahagikan oleh seseorang kepada waris mereka. Terkini, berkongsi mengenai perkembangan industri berkenaan, Rockwills International Group mengatakan kini pengguna turut telah boleh mewasiatkan aset digital mereka.

Aset digital ini adalah termasuk kriptowang, akaun dagangan atas-talian, dompet digital, akaun storan awan, dan sebagainya.

Untuk tujuan mewasiatkan aset digital ini, beberapa klausa telah dibangunkan oleh Rockwills, sekaligus memudahkan pengurusannya. Ini termasuk memberikan kod akses atau kata laluan kepada waris mereka. Tanpa arahan yang ditetapkan dalam wasiat, kod berkenaan tidak akan diberikan kepada waris.

Selain mewasiatkan aset digital melalui perkhidmatan seperti Rockwills, beberapa perkhidmatan atas-talian telah sedia menyertakan sokongan mewasiatkan akaun media sosial mereka, termasuk salah satunya adalah Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd