Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas telah kami laporkan di mana Xiaomi akan melancarkan Xiaomi Mi Pad 4 pada 25 Jun. Ia adalah sebuah tablet bersaiz 8-inci dan akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 660. Terkini, Xiaomi memperacahkan fungsi nyahkunci berasaskan wajah.

Lebih menarik, melalui laman rasmi Weibo Xiaomi ini nyahkunci berasakan wajah ini akan menggunakan sistem pengecaman wajah berasaskan kecerdasan buatan untuk langkah nyahkunci yang lebih pantas. Tiada sebarang maklumat lain jika Mi Pad 4 ini hadir dengan sensor infra-merah seperti yang dilihat pada Xiaomi Mi 8.

Permintaan untuk tablet boleh dikatakan sedikit merudum dari hari ke hari, namun Xiaomi nampaknya masih tidak melupakan penawaran mereka. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pelancarannya beberapa hari sahaja lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd