Carian
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Akan Bertemu Astro Untuk Membincangkan Mutu Perkhidmatan
June 22, 2018 Aman

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini mengumumkan yang mana beliau akan bertemu dengan wakil Astro pada minggu hadapan, sekaligus berbincang berkenaan perkhidmatan TV berbayar berkenaan.

Daripada Tweet yang dikongsikan, antara perkara yang dijangka dibincangkan adalah berkenaan dengan mutu perkhidmatan selain beberapa perkara berkaitan dengan perkhidmatan berbayar berkenaan.

Melalui Tweet susulan yang dikongsikan Gobind, antara perkara yang dilihat akan disentuh adalah termasuk berkaitan dengan pakej tawaran, pengiklanan, dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk perkongsian lanjut mengenai pertemuan Astro ini pada minggu hadapan.

Komen