Sony RX100 VI Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Pada Harga RM4899

Sony RX100 VI Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Pada Harga RM4899

Diterbitkan pada June 22, 2018 oleh .

Sony RX100 merupakan antara siri kamera yang menarik daripada Sony, dan pada tahun ini mereka telah hadir dengan Sony RX100 VI. Selari dengannya, kini Sony Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk pengguna yang berminat dengan kamera terbaru ini.

Sony RX100 VI

Berbeza dengan model sebelum ini, Sony RX100 VI hadir dengan sokongan zoom jarak jauh melalui penggunaan lensa 24-200mm. Ini sekaligus membolehkan kamera bersaiz kompak ini digunakan untuk rakaman jarak jauh – seperti merakamkan sesuatu diatas pentas dan sebagainya.

Selain daripadanya, Sony RX100 VI turut hadir dengan kamera 20.1-megapixel menggunakan sensor CMOS 1-inci, kelajuan rakaman gambar berterusan 24fps, selain kemudahan untuk membuat rakaman video 4K. Sony turut menyertakan sokongan video HDR melalui kamera ini.

Melengkapkan ia juga adalah skrin OLED dengan sokongan sesentuh, dan menggunakan enjin pemprosesan BIONZ X.

Kamera ini kini boleh dipra-tempah pada harga RM4899 sehingga 8 Julai 2018, dimana pengguna turut akan menerima 64GB mikro-SD, bateri BX1, dan juga Joby GorillaPod 500.


TIPS & ULASAN