Cari @ Amanz

Aplikasi Measure membolehkan pengguna mengukur saiz pelbagai menerusi sistem realiti gabungan. Sebelum ini ia hanya menyokong peranti Project Tango. Dengan Google kini berpindah ke ARCore, aplikasi ini akhirnya boleh dimuat turun oleh peranti yang menyokong platform realiti gabungan ini.

Ia amat berguna apabila ukuran perlu diambil tetapi anda tidak mempunyai pembaris atau pita pengukur. Dari pengalaman menggunakannya, ia tidak berapa tepat mengukur saiz sebenar objek. Ia turut memerlukan pencahayaan yang baik sebelum boleh digunakan. Tetapi sekiranya anda hanya memerlukan ukuran kasar, ia adalah memadai.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd