China ialah negara yang amat menarik untuk dilawati. Terdapat Tembok Besar China, Dataran Tiananmen dan Istana Terlarang bagi mereka yang mencintai sejarah. Bagi yang gemar membeli belah pula barangan boleh dibeli secara pukal pada harga yang mampu milik. Tetapi perkara kurang menarik mengenai negara ini ialah halangan internet yang amat ketat sehingga laman popular seperti Google dan Facebook tidak boleh diakses.
Halangan akses ke atas beberapa laman popular ini akan ditarik zon tertentu di Pulau Hainan bagi menarik pelancong. Zon tersebut adalah di bandar Haikou dan Sanya. Menurut laporan South China Morning Post, pelancong akan dibenarkan mengakses laman Facebook, Twitter, dan YouTube kerana ia digunakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mempromosikan pulau yang diberi gelaran Hawaii versi China.
Kerajaan China sedang berusaha menjadi Hainan sebagai zon pelabuhan bebas dan kawasan tarikan pelancong menjelang 2020. Buat masa ini hanya tiga laman yang disebutkan tadi akan dapat diakses. Dari pengalaman peribadi, sekiranya ke China sila gunakan perkhidmatan perayauan untuk melepasi halangan Tembok Api China. Anda membayar lebih bagi memastikan laman kegemaran dapat diakses tanpa perlu menggunakan VPN.