Cari @ Amanz

OnePlus mempunyai variasi sistem operasi mereka tersendiri dinamakan sebagai OxygenOS. Baru-baru ini, mereka telah menawarkan kemaskini Oxygen OS untuk OnePlus 3/3T, OnePlus 5/5T dan juga OnePlus 6 – dimana melaluinya ia menyelesaikan sejumlah masalah pepijat.

Namun, salah satu masalah yang dilihat hadir bersama-sama dengan kemaskini baru ini adalah masalah berkaitan penggunaan bateri.

OnePlus 6

Melalui aduan para pengguna melalui forum OnePlus, ia dilihat pengguna OnePlus 6 yang menggunakan Oxygen OS 5.1.6 dan 5.1.8 menghadapi masalah bateri lebih cepat habis berbanding kebiasaan. Ia juga dikatakan tiada sebarang amaran atau notifikasi diberikan apabila bateri mencapai 15%.

Kemaskini baru ini juga dikatakan membuatkan aplikasi kamera kadang-kala tergendala ketika ingin menggunakannya.

Pelbagai masalah baru yang hadir ini dilihat disebabkan oleh kemaskini baru ini, dan mungkin diatasi melalui kemaskini akan datang untuk peranti-peranti berkaitan.

Bagi anda yang menggunakan OnePlus 6 atau yang sebelumnya, adakah anda turut menghadapi masalah sama?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd