Lebih Info Mengenai Cip Snapdragon 1000 Memfokuskan Komputer Riba Tertiris

Lebih Info Mengenai Cip Snapdragon 1000 Memfokuskan Komputer Riba Tertiris

Diterbitkan pada June 24, 2018 oleh .

Desas-desus mengenai cip Snapdragon 1000 telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas. Cip pemprosesan terbaru berkenaan dilihat sedang dibangunkan khusus untuk komputer riba, dengan sejumlah sokongan dan pengoptimasian khusus – berbeza dengan beberapa cip Snapdragon sedia ada yang dibangunkan dengan fokus untuk peranti mudah-alih.

Menurut info terbaru yang dikongsikan WinFuture, Snapdragon 1000 ini kelak dikatakan akan menggunakan rekaan yang sedikit besar memberikan ruangan untuk lebih teras, dan pada masa yang sama menggunakan kuasa 12W.

Melalui peranti ujian awal yang sedang digunakan dan diuji Qualcomm, ia dikatakan Snapdragon 1000 dijalankan bersama-sama memori 16GB RAM, serta storan 256GB. Sekiranya benar, maka kita akan dapat melihat komputer riba yang menggunakannya sedikit berkuasa, dan mampu menyaingi beberapa cip keluaran Intel pada hari ini.

Cip Snapdragon 1000 ini juga dijangka menawarkan sokongan selular 4G secara terbina, serta masa penggunaan bateri yang lama. Ini sekaligus akan membolehkan komputer riba yang menggunakannya beroperasi untuk tempoh lebih sehari.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Qualcomm akan memperkenalkan Snapdragon 1000 ini. Berkemungkinan ia akan dilancarkan bersama-sama sejumlah rakan kerjasama yang hadir dengan komputer riba berasaskan Windows 10. Sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai cip pemprosesan terbaru ini daripada Qualcomm yang memfokuskan sepenuhnya terhadap komputer riba.


TIPS & ULASAN