Honor 7S Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM379

Honor 7S Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM379

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

Honor mempunyai beberapa penawaran peranti pada harga mampu milik. Selepas memperkenalkan Honor 7A tempoh hari, kini, hari ini Honor Malaysia turut membawa masuk satu lagi peranti baru, dinamakan Honor 7S.

Honor 7S adalah telefon pintar berspesifikasi asas, dan ditujukan kepada pengguna yang inginkan peranti untuk tujuan seperti pelayaran media sosial, permesejan, pelayaran web, dan membuat beberapa tugasan asas melaluinya.

Honor 7S

Dari segi spesifikasi, Honor 7S hadir dengan skrin 5.45-inci dengan nisbah 18:9, paparan resolusi 1440×720 pixel, dijana cip MediaTek MT6739, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia turut hadir dengan kamera utama 13-megapixel, dan kamera swafoto 5-megapixel.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3020mAh, serta sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Honor 7S ini pada harga RM379 di Malaysia. Pra-tempahan untuknya sudah boleh dilakukan hari ini melalui laman jualan rasmi Honor Malaysia di Lazada.

Pra-Tempah : Honor 7S di Lazada


TIPS & ULASAN