Peranti keluaran Huawei dan Honor banyak di pasaran Malaysia. Ia ditawarkan pada harga yang berpatutan serta mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang menarik. Namum terdapat sebilangan pengguna yang kurang menggemari pelancar EMUI yang digunakan. Bagi golongan ini mungkin mereka boleh mencuba OpenKirin yang memberikan antaramuka Android asli pada peranti yang menggunakan pemproses Hisilicon Kirin.
Sebanyak 18 peranti disokong oleh OpenKirin termasuk beberapa model tablet. Mereka menawarkan Android asli dalam tiga ROM iaitu LineageOS, CarbonROM dan Resurrection Remix. Kesemua peranti yang disokong perlu terlebih dahulu menggunakan atau dikemaskini ke Android Oreo sebelum boleh menggunakan ROM yang diberikan. Senarai penuh peranti yang disokong adalah seperti di bawah. Untuk cara melakukan flashing pula sila ikuti pautan yang diberikan di dalam pautan sumber.
- Honor 6X
- Honor 7X
- Honor 8 Pro
- Honor 9
- Honor View 10
- Mate 10
- Mate 10 Lite
- Mate 10 Pro
- Mate 9
- Mate 9 Pro
- MediaPad M5 10.8″
- MediaPad M5 8.4″
- MediaPad M5 Pro
- P10
- P10 Lite
- P10 Plus
- P8 Lite 2017
- P Smart