Sistem Keselamatan Blackberry Kini Digunakan Oleh Peranti Cat Dan Land Rover

Sistem Keselamatan Blackberry Kini Digunakan Oleh Peranti Cat Dan Land Rover

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

Sistem keselamatan yang digunakan oleh Blackberry masih lagi disegani dan dipercayai oleh pengguna perusahaan. Oleh sebab itulah walaupun mereka tidak lagi mengeluarkan telefon pintar, peranti yang dilesenkan masih menerima sambutan yang menggalakkan. Bagi mereka yang mementingkan keselamatan dan privasi, sistem keselamatan Blackberry kini turut digunakan pada peranti Cat dan Land Rover.

Dengan penawaran perisian keselamatan Blackberry ini, peranti Cat dan Land Rover yang direka untuk ketahanan luaran turut mempunyai ketahanan sekuriti dalaman. Data peribadi ialah isu yang amat hangat tahun ini selepas pengguna menyedari bagaimana data yang dicuri boleh dijual pada harga yang tinggi. Bagi pengguna perusahaan pula data peribadi adalah rahsia syarikat yang boleh menguntungkan pesaing. Dengan adanya sokong keselamatan yang baik, kerisauan ini dapat dikurangkan.


TIPS & ULASAN