Risau Data Habis Ketika Tonton FIFA 2018 World Cup? Digi Kini Tawar Data Tanpa Had Bermula RM1

Risau Data Habis Ketika Tonton FIFA 2018 World Cup? Digi Kini Tawar Data Tanpa Had Bermula RM1

Diterbitkan pada June 26, 2018 oleh .

FIFA 2018 World Cup merupakan salah satu acara yang ditonton oleh ramai pengguna. Malah, kami sendiri di Amanz tidak melepaskan peluang untuk melihat pelbagai pasukan beraksi satu sama lain. Namun, sekiranya anda berada di luar rumah, dan ingin menstrim sesuatu perlawanan melalui peranti mudah-alih, mungkin anda risau akan mengenai penggunaan data anda.

Kini, ia bukan lagi suatu masalah besar. Digi, bersempena dengan FIFA 2018 World Cup, kini hadir dengan penawaran data tanpa had pada harga hanya RM1 untuk anda menonton perlawanan kegemaran anda.

Ini sekaligus membolehkan anda menonton perlawanan kegemaran ketika berada dimana mana, dan tidak perlu risau dengan penggunaan data anda.

Dinamakan sebagai Football Pass, pengguna boleh menggunakan aplikasi MyDigi untuk membeli akses data tambahan pada harga hanya RM1 untuk internet tanpa had selama 2 jam bagi pengguna Digi Postpaid.

Untuk pelanggan Digi Prepaid pula, anda boleh melanggan pas Intenet Cili Padi ini pada harga RM1 dan memberikan akses sebanyak 1GB.

Lebih menarik, pas internet ini bukan terhad untuk penstriman siaran langsung perlawanan FIFA 2018 World Cup sahaja, tetapi pengguna turut boleh gunakan pas ini untuk mana-mana aplikasi di mana jua – termasuk untuk Instagram, IGTV, Facebook Live, YouTube dan sebagainya.

Jadi, jangan tunggu lagi?. Jangan tertinggal sebarang detik menarik dalam FIFA 2018 World Cup, dan dapatkan Football Pass dan Internet Cili Padi dengan harga hanya RM1 hari ini, sekaligus tonton dan gunakan internet tanpa risau kehabisan data langganan bulanan anda!

Muat Turun MyDigi App di Play Store

Muat Turun MyDigi App di App Store

Baca Terma & Syarat Di Sini

*akses untuk menstrim kandungan FIFA 2018 World Cup perlu dimiliki pengguna untuk menonton perlawanan bola sepak berkaitan. Sebaliknya, anda boleh menonton ia melalui RTM secara percuma untuk sejumlah perlawanan terpilih.

Penafian: Advertorial Dari Digi


TIPS & ULASAN