Cari @ Amanz

Laptop Acer Predator Helios 500 mula-mula diperkenalkan di acara Acer Global Press Conference pada bulan lalu, dan melalui e-mel yang dihantar oleh pihak Acer Malaysia baru-baru ini, nampaknya laptop gaming berkuasa tersebut akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

E-mel tersebut memperlihatkan minggu promosi yang akan dilancarkan oleh Acer Malaysia pada 28 haribulan Jun minggu ini, sekali bersama-sama dengan produk Acer Predator di Sunway Pyramid.

Acara pelancaran tersebut juga akan memperlihatkan pengumuman kehadiran tempatan laptop Acer Predator Helios 500, dan nampaknya terdapat dua model laptop ini yang akan memasuki pasaran Malaysia.

Model pertama laptop Predator Helios 500 ini hadir dengan spesifikasi CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD 256GB dan cakera keras 1TB.

Model kedua laptop ini pula dilengkapi dengan CPU Intel Core i9-8950HK, memori DDR4 sebanyak 32GB, storan SSD sebesar 512GB dan cakera keras 1TB.

Kedua-dua laptop ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 17.3 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080 yang mempunyai sokongan teknologi paparan NVIDIA GSYNC, kadar segar semula 144Hz, manakala dari segi grafik, ia menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB model Max-P, ataupun kad grafik desktop didalamnya.

Tanda harga untuk kedua-dua model Acer Predator Helios 500 ini juga diperlihatkan. Model dengan CPU Intel Core i7 diperlihatkan akan dijual pada harga RM8999, manakala model dengan CPU Intel Core i9 akan dijual pada harga RM12999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd