MSI Memperkenalkan Adapter Yang Boleh Menggabungkan Empat SSD PCIe Sekaligus
MSI

MSI Memperkenalkan Adapter Yang Boleh Menggabungkan Empat SSD PCIe Sekaligus

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

Storan SSD kini semakin popular, dan dengan penularan SSD PCIe NVMe kebelakangan ini, semakin ramai pembina komputer dilihat menggunakan lebih daripada satu SSD PCIe untuk prestasi penghantaran data yang cukup pantas sekali.

Salah satu masalah untuk kebanyakan pembina komputer ialah papan induk biasanya hadir dengan satu ataupun dua port M.2 yang menyokong sokongan NVMe dan PCIe, dan ini mengehadkan nombor komponen yang boleh digunakan.

 

MSI baru-baru ini memperkenalkan adapter SSD M.2 PCIe yang membenarkan pengguna menggunakan sehingga empat peranti SSD M.2, yang akan disambungkan melalui slot PCIe x16.

Ini membolehkan pengguna menggunakan empat SSD M.2 tanpa sebarang masalah, tetapi ia tidak hadir dengan ciri-ciri seperti RAID yang membolehkan pengguna menggabungkan storan SSD.

Adapter ini juga hadir dengan kipas penyejuk Aero yang biasanya digunakan untuk menyejukkan kad grafik keluaran MSI. Buat masa ini, adapter ini hadir bersama-sama dengan papan induk MSI Threadripper X399 MEG Creation yang akan hadir bersama-sama dengan CPU AMD Ryzen Threadripper generasi kedua, tetapi mereka juga menyatakan kesediaan untuk menjual adapter ini secara kendiri.


TIPS & ULASAN