Xiaomi Redmi 6 Pro Dilancarkan Dengan Skrin 19:9 Bertakuk Dan Pemproses Snapdragon 625

Xiaomi Redmi 6 Pro Dilancarkan Dengan Skrin 19:9 Bertakuk Dan Pemproses Snapdragon 625

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

Minggu baru bermula dan sebuah lagi peranti Xiaomi dilancarkan petang ini. Xiaomi Redmi 6 Pro ialah sebuah lagi peranti keluaran mereka dengan skrin 5.84 inci dengan nisbah 19:9 bertakuk dan dijana oleh pemproses Snapdragon 625. Ia turut dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh.

Spesifikasi lain ialah kamera utama 12+5 Megapixel f/2.2 dan kamera swafoto 5-Megapixel. Terdapat pilihan memori sebesar 3/4GB RAM dan storan 32/64 GB. Sokongan dwi-SIM nano disertakan dengan slot berasingan untuk kad mikroSD sehingga 256GB.

Tubuh peranti diperbuat daripada logam dengan sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang. Bagi yang kurang menggemari sistem imbasan cap jari, terdapat sistem nyah-kunci menggunakan imbasan wajah secara 2D. Pengecasan dilakukan menerusi port mikroUSB pada kadar 10W. Ini bermakna tiada sokongan pengecasan pantas.

Di China Xiaomi Redmi 6 Pro dijual pada harga bermula dari RMB 999 (~RM 616) dengan pilihan warna merah, merah jambu, biru, emas dan hitam.


TIPS & ULASAN