oBike, perkhidmatan yang memudahkan pengguna untuk membuat langganan untuk perkongsian basikal melalui aplikasi, hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan operasi di Singapura. Pengumuman ini hadir dengan beberapa peraturan dan undang-undang baru yang ditetapkan oleh kerajaan di Singapura.
oBike mengatakan mereka akan meneruskan operasi di beberapa negara lain buat masa ini. Di Singapura, oBike akan berhenti beroperasi bermula 25 Jun 2018 ini.
Pihak oBike turut mengatakan pengguna akan dapat kekal menggunakan GrabCycle di Singapura sebagai alternatif untuk oBike.