Cari @ Amanz

Vivo sedia menawarkan beberapa telefon pintar pada harga kurang RM1,000, dan terkini menambah pada koleksi berkenaan adalah Vivo Y81.

Vivo Y81

Vivo Y81 hadir dengan skrin 6.2-inci dengan paparan HD+, menggunakan rekaan bertakuk diatas, dilengkapi cip mediaTek MT6762, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan PDAF, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut menyertakan sokongan nyah-kunci berasaskan wajah.

Di Malaysia, Vivo Y81 ini ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan merah pada harga RM799.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd