PSX 2018 Akan Kembali Di Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

PSX 2018 Akan Kembali Di Asia Tenggara Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

PSX atau nama penuhnya PlayStation Experience telah diadakan buat julung kalinya di Asia Tenggara pada 2017 lepas, dimana melalui acara sehari yang diadakan, pihak Sony PlayStation berkongsi pelbagai permainan baru bersama peminat – sekaligus membolehkan para peminat PlayStation mencubanya terlebih dahulu.

Kini, untuk tahun 2018, acara berkenaan sekali lagi akan diadakan di rantau Asia Tenggara ini.

Pihak Sony telah mula memperacahkan ia, namun masih tidak menyatakan tarikh ia bakal diadakan, selain negara pilihan mereka. Memandangkan sebelum ini ia telah diadakan di Kuala Lumpur, maka kemungkinan untuk ia diadakan sekali lagi di lokasi sama adalah sedikit rendah.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai PSXSEA 2018 ini.


TIPS & ULASAN