Aplikasi Carian Bing Kini Mempunyai Ciri Mencari Dengan Kecerdasan Buatan

Aplikasi Carian Bing Kini Mempunyai Ciri Mencari Dengan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

Google Lens adalah satu fungsi carian berasaskan kecerdasan buatan oleh Google. Pengguna hanya perlu merakam gambar dan Google akan cuba mengesan dan teka apakah yang mereka cari. Microsoft turut tidak ketinggalan dengan menyertakan ciri yang sama dalam aplikasi Microsoft Bing Search.

Konsep yang sama yang digunakan oleh Google, carian kecerdasan buatan daripada Mricrosoft ini akan menggunakan data-data daripada contoh gambar yang ada di arena web. Ia kemudian akan padankan gambar yang dirakam oleh pengguna.

Jika anda tidak gemar akan Google Lens – Kini, anda boleh gunakan fungsi yang hampir sama dalam Microsoft Bing Search.

Muat Turun:Microsoft Bing Search di Play Store


TIPS & ULASAN