Apple Mempatenkan Sistem Pengenalan Tulisan Tangan Untuk iPad

Apple Mempatenkan Sistem Pengenalan Tulisan Tangan Untuk iPad

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

Manusia moden kini jarang sekali menulis menggunakan pena dan kertas. Ramai lebih selesa menaip pada komputer atau papan kekunci maya pada telefon pintar. Tetapi ini tidak bermakna tulisan tangan tidak lagi diperlukan. Bagi memudahkan pengenalan tulisan tangan pada peranti pintar, Apple telah mempatenkan sistem yang mengubah tulisan tangan kepada teks untuk iPad.

Menerusi paten yang difailkan, sistem ini boleh mengenali huruf rumi dan juga cina. Peranti secara automatik mengubah apa yang dilakar pada skrin menjadi teks pada skrin telefon pintar. Ini mungkin petanda awal pengguna akan kelak boleh menulis pada skrin iPad menggunakan Apple Pencil. Fungsi ini masih belum disokong pada tablet mereka tetapi sudah menjadi fungsi standard pada Galaxy Note sejak versi pertama lagi.


TIPS & ULASAN