Cari @ Amanz

Microsoft Edge Untuk Android Kini Hadir Dengan Adblock Plus Secara Terbina

Oleh Aman

Link Copied!

Adblock Plus merupakan salah satu pemalam popular yang digunakan ramai dalam menghalang iklan dan kandungan yang menganggu. Kini, selain ia ditawarkan secara berasingan, pihak Microsoft turut mengintegrasikan Adblock Plus secara terbina pada pelayar web mudah-alih Microsoft Edge.

Bagi anda yang menggunakan Microsoft Edge versi beta pada Android, anda kini sudah boleh mengaktifkan Adblock Plus melalui halaman tetapan. Ia hadir terbina, dan tidak memerlukan anda memasang sebarang pemalam tambahan untuknya.

Buat masa ini, ia diuji melalui versi beta, dan mungkin diperluaskan kepada versi stabil dalam masa terdekat ini.


Komen ()