Carian
Huawei Hadir Dengan Gambar Acah – Memperlihatkan Pelancaran Nova 3
June 25, 2018 Aman

Huawei sebelum ini telah memperkenalkan Huawei P20 Lite sebagai Nova 3e. Kini, selang beberapa bulan selepasnya, Huawei dilihat kini dalam persiapan untuk melancarkan secara rasmi keluarga Huawei Nova 3.

Melalui gambar acah yang dikongsikan pada laman Weibo baru-baru ini, ia dilihat Huawei Nova 3 akan hadir dengan dwi-kamera di belakang, termasuk penyertaan pengimbas cap jari – yang mana sedikit menyerupai Nova 3e sebelum ini.

Desas-desus juga turut mengatakan ia mungkin dilengkapi cip Kirin 710 – berbeza dengan beberapa peranti Huawei lain yang menjalankan Kirin 659. Kirin 710 ini dikatakan hadir dengan rekaan 12-nanometer, dan dijangka menawarkan kuasa pemprosesan lebih berkuasa berbanding 659 sebelum ini.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran rasmi untuknya. Berkemungkinan kita akan mendengar lanjut mengenai peranti ini pada bulan Julai kelak.

Komen