Carian
Samsung Galaxy S10 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Tri-Kamera Di Belakang
June 25, 2018 Aman

Samsung Galaxy S10 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai memandangkan ia akan menjadi peranti bersempena ulang-tahun ke-10 sejak Galaxy S diperkenalkan. Kini, menurut laporan terbaru daripada ETNews, ia dikatakan Samsung Galaxy S10 kelak mungkin hadir dengan tiga variasi berbeza.

Ia dikatakan Galaxy S10 akan hadir dengan tiga variasi, dimana masing-masing dikenali dengan nama kod “Beyond 0”, “Beyond 1”, “Beyond 2”.

Beyond 0 dilihat akan menjadi versi asas dengan skrin 5.8-inci dan penggunaan satu kamera belakang. Beyond 0 pula membawa saiz 5.8-inci juga, tetapi dengan dwi-kamera belakang. Menariknya, menurut laporan berkenaan, Beyond 2 dikatakan akan hadir dengan skrin 6.2-inci dengan rekaan tiga kamera belakang.

Selain daripada rekaan tri-kamera dibelakang, peranti berkenaan juga dijangka hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Bersama-sama dengan telefon pintar ini, Samsung juga dijangka hadir dengan peranti boleh-lipat dibawah nama Galaxy X pada awal tahun hadapan.

Komen